Assalamualaikum... Selamat Datang Ke Blog Natasha_Along

Thursday, March 10, 2011

AT THE VILLAGE :) SO NICE~

ALHAMDULILLAH..... i love village... jika aq diberi peluang untuk tnggal di kampung.. pasti seronok :)

Tuesday, February 8, 2011

HIMPUNAN HADIS RASULULLAH

1) Tajuk :
Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-anak
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)


2) Tajuk :
Menjaga perasaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.


Tajuk :
Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
 Riwayat al-bukhari
Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Tajuk :
Jangan Kamu Marah!
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”
 (al-Bukhari)
Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Tajuk :
Waktu Asar, Isyak Dan Subuh
Hadith :
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ke tempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran".
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
1. Seseorang hendaklah menyegerakan sembahyang Asar diawal waktunya
2. Sunat mentakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 dari malam sekiranya tidak memberatkan sembahyang secara berseorangan atau berjamaah.
3. Makruh bagi seseorang tidur sebelum sembahyang isyak kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.
4. Seseorang hendaklah segera menunaikan sembahyang subuh dan keluar dari masjid setelah terang.
5. Setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.

Tajuk :
Kutu-kutu Jalanan
Hadith :
Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya:”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat,” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya:”Apa haknya, ya Rasulullah Jawab baginda :”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”
(Muslim)
Huraian
1. Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang suatu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.
2. Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.
3. Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.

Tajuk :
Tanggungjawab Sosial
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."
Abu Daud dan at-Tirmidzi
Huraian
1. Seorang muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.
2. Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah SWT yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.
3. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain melainkan untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat hakikatnya dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.

Saturday, January 29, 2011

PEDIHNYA CINTA BAB 2

SAMBUNGAN "PEDIHNYA CINTA"
    Syuib memandu keretanya dengan laju tanpa memikirkan bahaya di hadapannya, yang dia sedang fikirkan ialah betapa sakitnya hati dia bila melihat kad jemputan pertunangan Shira bersama orang lain. Tiada harapan untuk dia memiliki hati Shira gadis yang dia nanti-nantikan selama 2 tahun. Syuib memandu keretanya tanpa arah sampai dia tersesat di sebuah perkampungan. Syuib memberhentikan keretanya secara mengejut apabila dia melihat seorang gadis sedang melintas jalan, gadis itu terus menjerit ketakutan melihat kenderaan Syuib hampir-hampir melanggarnya. Syuib terus keluar dari keretanya dengan perasaan marah.

Syuib : Awak tak nampak ke kereta saya yang sebesar-besar ni? tak ada tempat lain ke awak nak lintas??!!

Syuib meninggikan suaranya pada perempuan tadi. Perempuan tersebut hanya menangis teresak-esak kerana masih trauma dengan kejadian tadi. Nama perempuan itu ialah Zulaikha. Gadis yang sangat ayu, sopan santun dan tidak pernah meninggikan suara pada sesiapapun. Dia merenung tajam pada Syuib.

Zulaikha : Kenapa awak pandu kereta laju-laju di tempat-tempat macam ini? ini kan kawasan perkampungan, awak tahu peraturan jalanraya tak? (menegur Syuib dengan suara yang sopan dan air matanya masih menitis)

Syuib yang marah-marah tadi tiba-tiba menjadi tenang kembali apabila melihat ketenangan wajah seorang perempuan yang tak pernah dia kenali selama hidupnya. Hatinya sayu apabila melihat Zulaikha menangis dalam keadaan yang betul-betul takut pada kejadian tadi. Syuib terus meminta maaf pada Zulaikha.

Syuib : sa..sa..saya minta maaf.. saya tak tahu awak nak melintas. saya minta maaf kat awak. saya betul-betul minta maaf (Syuib merayu pada Zulaikha)

Zulaikha : Saya maafkan. (tersenyum) saya minta diri dulu. Assalamualaikum...

Syuib : wa'alaikummussalam.

Zulaikha terus beredar walaupun dia tahu kejadian tadi betul-betul tidak boleh dilupakan tetapi dia sangat bersyukur kerana masih di panjangkan lagi umurnya. Syuib masih berasa serba salah dengan kesilapan dia, ekor mata syuib terus mengekori langkah-langkah zulaikha yang semakin hilang dari pandangannya. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi hon sebuah kenderaan yang lalu di situ. Syuib terus masuk ke dalam keretanya dan memandunya ke tepi jalan supaya senang kenderaan lain lalu jalan tersebut. Syuib bagaikan baru tersedar dari mimpi ngeri, dia cepat-cepat mencapai handsetnya lalu menghubungi Adam.

Syuib : Assalamualaikum,Adam. Aku perlukan pertolongan kau..

Adam : Wa'alaikumussalam. Kau nak minta aku tolong apa?

Syuib : aku sesat ni, aku ada kat sebuah kampung tapi aku tak pasti nama kampung ni.

Adam : Astaghfirullahalazim! macam mana kau boleh sesat? Kalau kau tak tahu nama kampung tu, macam mana aku nak pergi sana? (Adam risau dengan keadaan Syuib kawan baiknya)

Syuib : itulah pasal. tunggu sekejap aku nak tengok papan-papan tanda kat sini. kau jangan matikan hanset dulu. Mati aku nanti, kejap ye.

Syuib memandu keretanya mencari papan tanda yang ada kat situ. Akhirnya dia jumpa juga. Dia sekarang berada di perkampungan Melati.

Syuib : Aku dah jumpa! Adam, aku kat perkampungan Melati. Kau tahu tak?

Adam : Ya Allah! jauhnya kau sesat. Nape kau tak sesat kat luar negara je. senang sikit kau nak beli tiket kapal terbang balik malaysia.? (marah lalu menyindir Syuib)

Syuib : Kau nak tolong aku tak? aku bagi sebijik kang, membebel pulak dia.. cepatlah kau tahu tak tempat ni?

Adam : yelah. kejap lagi aku sampai sana bagi masa 2 jam.. ok!

Adam terus mematikan hanset dan terus mencapai kunci keretanya hendak pergi ke tempat Syuib tersesat. Syuib merasa lega apabila Adam mahu menolongnya. Syuib cuba mencari surau terdekat untuk dia menunaikan solat Isyak. sampai saja di sebuah surau, Syuib singgah solat di situ sementara menunggu kedatangan Adam.

    Selesai saja menunaikan solat, Syuib sempat berbual dengan Pak Imam kampung tersebut. Tiba-tiba dia terpandang wajah seorang perempuan yang hampir di langgarnya. Pak Imam cuba melihat apa yang membuatkan Syuib tak terlepas pandang melihatnya.

Pak Imam : kenapa dengan kamu? kamu berkenan dengan Zulaikha? (Pak Imam mengukirkan senyuman)

Syuib : Zulaikha? (gembira apabila sudah mengetahui nama perempuan tadi) 

Pak Imam : ya, nama dia Zulaikha. Anak saudara saya. kamu kenal dia? (mengerutkan dahinya)

Syuib : Tak. (Syuib tersengih-sengih melihat Pak Imam)

Pak Imam : Anak muda, kalau dalam hati dah berkenan. Cepat-cepatlah hantar pinangan sebelum dia di ambil orang. Sesungguhnya Jodoh itu tak kira siapa-siapa pun. (menepuk bahu Syuib sambil tersenyum)

Syuib membalas senyuman Pak Imam yang terpancar sinarnya sehingga syuib tenang melihat senyuman Pak Imam. Pak Imam terus meminta diri, selesai saja syuib bersalaman dengan beliau, syuib terus masuk ke dalam keretanya.. lalu bercakap seorang diri.

Syuib : Aku suka kat dia ke? kenapa pertama kali aku terpandang dia, jantung aku berdegup bagai nak rak? kenapa? aku sakit jantung ke? atau aku dah jatuh hati?
Syuib tersenyum sendirian lalu menghiburkan dirinya dengan lagu-lagu yang berentak sederhana. sudah hampir 3 jam setengah. Adam masih tak muncul-muncul lagi. Syuib menghubungi Adam.

Syuib : kau kat mana? makan angin ke? (sindir)

Adam : eh,takkanlah aku makan angin malam-malam ni, kembung perut aku nanti. kau kat mana? aku dah  sampai simpang kampung melati ni.

Syuib : aku kat depan surau kampung ni. ada kat tepi jalan je. kat situ nanti kau nampak aku.

Adam : Nampak kau? kalau aku ternampak awek macam mana? (tersengih-sengih)

Syuib : kalau kau nampak awek, itu bukan awek. itu hantu!

Adam : Ei! mulut... kau jangan syuib aku patah balik kang.. kau balik lah sendiri. dah kawasan ni gelap. aku tak tahu nak halau hantu-hantu ni
.
Syuib : gurau je. Cepatlah! aku dah lapar ni..

    Akhirnya Adam terserempak juga dengan Syuib, semasa terserempak dengan syuib. tiba-tiba ada sesuatu yang tak kene pada kenderaannya. Syuib terus berlari ke arah Adam.

........bersambung.......

SKRIP PENDEK AKU

Di tulis oleh : Dayangku Natasha Bte Awang nasir

PEDIHNYA CINTA (BAB 1)
Di keheningan pagi yang damai dan nyaman Syuib menghirup udara yang segar di Taman Reakrasi...tiba-tiba Adam menyapa Syuib..

Adam : Assalamualaikum! wahh~ pandai pulak kau bangun pagi-pagi nie? (dengan nada yang     menyindir)

Syuib : wa'alaikummussalam..(menoleh ke arah syuib) Engkau rupanya Syuib aku ingat makhluk asing dari mana bercakap dengan aku tadi... kenapa dengan kau ni pagi-pagi dah sindir aku? kau ok tak??

Adam : Amboi,mulut... dah lama pakai ke? (menjeling syuib) aku selalu joging kat sini tiba-tiba je aku nampak kau dari belakang aku tegur lah..

.Syuib : owh, kau datang dengan siapa? awek kau mana?

Adam :agak-agak la kau, tak kan pagi-pagi macam ni aku nak ajak dia keluar.. mati aku kene tembak bapak dia guna senapang gajah nanti,tak sempat kahwin aku nanti. (buat muka sedih)

Syuib : aku acah je la, kau jangan buat muka buruk kau tu kat aku, jijik aku tengok! (menolak muka syuib)

Adam : petang ni apa cerita???

Syuib : cerita apa kau ni?? tiba-tiba je... (meneruskan perjalanannya)

Adam : eh,tunggu la dulu. petang ni ada futsal la. kau main tak? (syuib memberhentikan perjalananya)

Syuib : tengok keadaan dulu lah, aku ada masalah sikit.

Adam : masalah apa? muka kau ni mesti bermasalah je kan, dari dulu lagi tak habis-habis dengan masalah kau.

Syuib : biarlah muka aku yang bermasalah, jangan muka kau yang bermasalah, boleh kiamat dunia ni lau kau ada masalah. (menyindir Adam)

Adam : (menelan air liur) ala,aku minta maaf la... kau memang banyak bantu aku dalam segala masalah. aku nak bantu kau boleh??? ceritalah apa masalah kau?

Syuib : tak apalah, terima kasih sebab nak tolong aku. aku kene gerak dulu ni. ada hal sikit. aku minta diri dulu. assalamualaikum! (terus beredar dari tempat tersebut)

Adam : yelah,Wa'alaikummussalam (mencebik bibirnya) aku nak tolong dia tak nak hmm...

Di sebelah petangnya....
Adam dan kawan-kawannya yang lain sedang bersiap sedia untuk bermain futsal, Adam pula cuba berkali-kali menghubungi syuib tetapi tiada tindak balas dari syuib.

Kamal : wei, (menepuk bahu Adam) syuib datang tak?

Adam : menurut firasat aku, dia tak dapat datang hari ni (terus meletakkan hansetnya dalam beg)

Kamal : kalau macam tu tak apalah, jom mula game...

Adam dan kawan-kawannya terus memulakan permainan futsal tanpa syuib. Pada petang itu Syuib ada temu janji dengan Shira di sebuah restoran. Lama syuib menuggu kedatangan Shira. Akhirnya dia sampai juga.

Shira : Maaf lambat sebab ada hal sikit tadi, lama dah tunggu? (mengukirkan senyuman)

Syuib : tak apa, saya tak kisah pun. (membalas senyuman shira)

Shira : Ada apa nak jumpa saya hari ini?

Syuib : Saya nak tanya awak sesuatu.. (dengan muka yang serius)

Shira : owh,ok. tanyalah. (merasa kebinggungan)

Syuib : kenapa awak lama tak menghubungi saya?

Shira : owh,aha! saya hampir terlupa (mengambil sekeping kad di dalam beg tangannya) nah,ini kad jemputan pertunangan saya, awak jangan lupa datang ok? (menghulurkan kad jemputan pada syuib)

Syuib : Tunang? (nyawa syuib seperti sudah tercabut dari jasadnya)

Shira : kenapa? (merenung wajah syuib yang tadi ceria bertukar menjadi suram)

Syuib : owh,selama 6 bulan awak tak hubungi saya rupanya awak dah ada orang lain? (menahan marah)

Shira : ta...ta...pi.. (shira tergagap bila melihat syuib dalam keadaan marah,nak saja air matanya mengalir)

Syuib : saya doakan awak bahagia dengan dia, terima kasih atas segala-galanya. terima kasih! (membaling kad jemputan pertunangan shira ke atas lantai lalu beredar dari tempat tersebut)


    Shira merasa dirinya terlalu banyak kesilapan yang dilakukan terhadap Syuib,tak sangka selama ini syuib menyembunyikan perasaan sayangnya pada shira. Syuib beredar dari situ dalam keadaan marah, dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan terus menumbuk stereng kereta lalu menitiskan air mata..

Syuib : Aku pasrah Ya Allah dengan semua ini! (air matanya berlinangan)

    Handset syuib kedengaran dia melihat pada skrin handsetnya panggilan dari shira,seorang perempuan yang dia tunggu-tunggu selama ini akan menjadi milik orang lain. Syuib terus mematikan handsetnya lalu dia memandu kereta dengan laju.

.....BERSAMBUNG.....


KENANGAN SEM 2

KENANGAN SEM 2
    Aku amat merindui sem lepas kerana aku rasa masa itu singkat sangat... dan aku rasa masa ini juga semakin cepat berlalu.... Subhanallah betapa pentingnya masa...... apa2 pun inilah kenangan sem lepas aku xpernah lupa.......
 TADAAA~~

INI MASA AKU NAK MASUK DEWAN PEPERIKSAAN KENE POSING DULU BARU BOLEH MASUK DEWAN HIKHIKHIK DIMULAKAN DARI KIRI
NURHANISAH, HAZIMAH, AKU, NATRAH, SUZILA, DAN MARIAM...
semasa makan daging d pertempatan orang asli
bosan... xda keje amek gambar
aku,sabrina n natrah
kawan2 yang sangat sporting n memahami










SWEET LOVE :)



SHA_WAN
SWEETHEART
    Aku ingin berkongsi cerita tentang macam mana aku boleh jatuh hati pada si dia tp banyak gak perkara yang mencuit hati sebenarnya tapi tak apalah aku cerita slow2 je.. macam ni ceritanya, ini bermula masa aku dan sahabat2 aku yang lain tengah tunggu bas depan kolej ikip 3 nak blik hostel,ada seorang sahabat si dia menceritakan pada aku tentang si dia, masa tu aku dengar je sepatah demi sepatah apa yang dia cakapkan, aku angguk-angguk je lepas tu aku buat keputusan aku nak jumpa si dia sebab aku fikir sahabat si dia tu bergurau je, tapi seorang lagi sahabat aku membantah apa yang aku sdg fikirkan, dia cakap si dia ni betul2 series nak kenal aku, aku just senyum je n aku rasa nak sangat tahu sapa si dia tu....

    Pada suatu hari tu, pada tarikh 20.4.2010 , sahabat aku dan sahabat si dia merancang nak temukan aku dan si dia esok pagi sebelum mula kelas di depan library, aku dan sahabat aku tadi tunggu je tak sampai 10 minit aku rasa macam xyakin je nak jumpa si dia sebab masa tu jantung aku betul-betul berdegup kencang, aku amek keputusan aku nak masuk dewan R1 dulu biarlah sahabat aku yang tunggu kedatangan si dia, beberapa minit macam tu sahabat aku membuka pintu dewan lalu memanggil aku "tasha!" dengan suara yang agak lantang, aku dan kawan-kawan aku yang lain toleh ke belakang, dan aku terus pergi ke arah sahabat aku tadi, kawan2 aku yang lain pulak semua tertanya2, sampai ada yang tanya aku "sha nak jumpa siapa?" aku hanya mampu senyum je, aku dan sahabat aku tadi terus ke library dengan keadaan aku masih terpikir2 lagi apa soalan pertama aku nak bagi kat si dia, sahabat aku pula cuma tersenyum je melihat gelagat aku sebelum nak jumpa si dia, adoyai,aku asa macam nak pergi temuduga je sampai sejuk kaki tangan aku, sampai je depan library aku tengok sahabat si dia je ada, aku terus la mengerutkan dahi dan terus berkata dengan suara agak nyaring "mana dia???" sahabat aku dengan sahabat si dia senyum2 je, sahabat si dia terus masuk ke dalam library untuk memanggil si dia... masa si dia muncul depan aku tu aku dah macam tak ada degupan jantung dah tapi aku tahan dan aku terus tanya soalan bertubi2 kat si dia tetapi si dia cuma diamkan diri dan senyum2 je melihat aku, aku jadi pelik dan serba salah sampai aku tertanya-tanya dalam hati " aku tanye apa tadi sampai dia tak dapat jawap?" hmm,masa tu jgak si dia bersembunyi masuk dalam library hehehe aku nak tergelak pun ada masa tu aku ingat aku sorang je malu rupanyer dia pun sama... dah dia masuk library, aku dan sahabat aku tadi pun terus meminta diri dengan sahabat si dia untuk pergi ke kelas.
    Masa dalam bas ikip, aku tertanya2 lagi nape dia senyap dan terus menyembunyikan diri, aku rasa mungkin dia malu n xtaw nak ckap apa dgn aku... masa tengah memikirkan dia aku mengambil telefon bimbit aku dan aku menerima mesej daripada nombor yang aku xkenal, bila aku baca mesej 2 dia menyatakan diri dia wan.. aku pun terus bertanya pada sahabat aku "ini nombor wanke?" sahabat aku mengangguk lalu tersenyum padaku, aku rasa macam tak percaya dari mana si dia dapat nombor aku tapi aku tahu ni semua mesti kerja sahabat aku n sahabat si dia, masa itu aku terus berhubung dengan si dia sebagai status 'kawan'.... setiap hari aku berhubung dengan si dia dan aku rasa ada sesuatu yang xkene pada aku dan si dia tapi aku buang perasaan 2 jauh2 kerana aku tetap berpegang pada status kawan sebab masa 2 aku dah berpunya, dan si dia pun tahu pasal 2 tapi aku dengan si dia masih juga berhubung sebagai kawan, si dia sudah menyatakan perasaan si dia terhadap aku, aku faham dan aku juga ada perasaan tu tapi aku xboleh terima dia sebab aku masih berpunya dan si dia pun paham apa yang aku maksudkan... aku bangga dengan si dia sebab si dia setia menanti keputusan aku selama 2 bulan lebih... sebenarnya dalam semiggu mcm 2 sebelum aku terima si dia, aku dalam pertelingkahan dengan seseorang dan masa 2 jugak aku tamatkan hubungan cinta aku dgn seseorang dan aku mohon pada Allah "Ya,Allah Ya Tuhanku aku terima semua apa yang berlaku, dan aku memohon kepadaMu Ya Allah tenangkanlah hatiku dan lapangkanlah dadaku menerima segala dugaanMu, aku memohon Ya Allah pertemukanlah aku dengan jodoh yang baik2 dan betol2 dapat menerima aku seadanya dan yang dapat membimbing aku ke arah kebaikan dunia dan akhirat Ya Allah hanya Engkau maha memahami lagi Maha berkuasa menentukan segalanya ke atas Hambamu"
    Tiga hari aku berseorangan dan si dia masih setia menemani aku, aku tertanya2 pada diri aku, "bolehkah aku terima si dia?? betulka si dia setia dengan aku dan dapat membimbing aku di dunia dan akhirat??" aku terus memukul2 bantal aku dengan sekuat hati sebab aku cuba menahan perasaan itu dan aku xnak ia berulang lagi, tapi aku tetap kalah dengan perasaan itu aku terus menangis sendirian sampai tertido.
    keesokannya pada 25.6.2010, selepas aku menunaikan solat aku merasa tenang dan aku terus menerima si dia dengan perasaan yakin tanpa ragu2 lagi dan pada masa 2 aku asyik tersenyum kerana si dia juga sangat gembira dengan keputusan aku... Alhamdulillah!!! terima kasih Ya Allah,Engkau memang maha Mengetahui.... :) pada masa 2 aku ikat mati yang aku ada si dia seorang sahaja tiada yang lain........ continue...........