Assalamualaikum... Selamat Datang Ke Blog Natasha_Along

Thursday, March 10, 2011

AT THE VILLAGE :) SO NICE~

ALHAMDULILLAH..... i love village... jika aq diberi peluang untuk tnggal di kampung.. pasti seronok :)

Tuesday, February 8, 2011

HIMPUNAN HADIS RASULULLAH

1) Tajuk :
Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-anak
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)


2) Tajuk :
Menjaga perasaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.


Tajuk :
Memutuskan Silaturahim; Satu Dosa Besar
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
 Riwayat al-bukhari
Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Tajuk :
Jangan Kamu Marah!
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”
 (al-Bukhari)
Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Tajuk :
Waktu Asar, Isyak Dan Subuh
Hadith :
"Daripada Abu Barzah al-Islami r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami telah kembali ke tempat kediamannya dipinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda Rasulullah suka mentakhirkan sembahyang isyak, dan baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap-cakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk disebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran".
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
1. Seseorang hendaklah menyegerakan sembahyang Asar diawal waktunya
2. Sunat mentakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 dari malam sekiranya tidak memberatkan sembahyang secara berseorangan atau berjamaah.
3. Makruh bagi seseorang tidur sebelum sembahyang isyak kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.
4. Seseorang hendaklah segera menunaikan sembahyang subuh dan keluar dari masjid setelah terang.
5. Setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah s.a.w membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.

Tajuk :
Kutu-kutu Jalanan
Hadith :
Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya:”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat,” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya:”Apa haknya, ya Rasulullah Jawab baginda :”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”
(Muslim)
Huraian
1. Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang suatu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.
2. Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.
3. Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.

Tajuk :
Tanggungjawab Sosial
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."
Abu Daud dan at-Tirmidzi
Huraian
1. Seorang muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.
2. Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah SWT yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.
3. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain melainkan untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat hakikatnya dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.

Saturday, January 29, 2011

PEDIHNYA CINTA BAB 2

SAMBUNGAN "PEDIHNYA CINTA"
    Syuib memandu keretanya dengan laju tanpa memikirkan bahaya di hadapannya, yang dia sedang fikirkan ialah betapa sakitnya hati dia bila melihat kad jemputan pertunangan Shira bersama orang lain. Tiada harapan untuk dia memiliki hati Shira gadis yang dia nanti-nantikan selama 2 tahun. Syuib memandu keretanya tanpa arah sampai dia tersesat di sebuah perkampungan. Syuib memberhentikan keretanya secara mengejut apabila dia melihat seorang gadis sedang melintas jalan, gadis itu terus menjerit ketakutan melihat kenderaan Syuib hampir-hampir melanggarnya. Syuib terus keluar dari keretanya dengan perasaan marah.

Syuib : Awak tak nampak ke kereta saya yang sebesar-besar ni? tak ada tempat lain ke awak nak lintas??!!

Syuib meninggikan suaranya pada perempuan tadi. Perempuan tersebut hanya menangis teresak-esak kerana masih trauma dengan kejadian tadi. Nama perempuan itu ialah Zulaikha. Gadis yang sangat ayu, sopan santun dan tidak pernah meninggikan suara pada sesiapapun. Dia merenung tajam pada Syuib.

Zulaikha : Kenapa awak pandu kereta laju-laju di tempat-tempat macam ini? ini kan kawasan perkampungan, awak tahu peraturan jalanraya tak? (menegur Syuib dengan suara yang sopan dan air matanya masih menitis)

Syuib yang marah-marah tadi tiba-tiba menjadi tenang kembali apabila melihat ketenangan wajah seorang perempuan yang tak pernah dia kenali selama hidupnya. Hatinya sayu apabila melihat Zulaikha menangis dalam keadaan yang betul-betul takut pada kejadian tadi. Syuib terus meminta maaf pada Zulaikha.

Syuib : sa..sa..saya minta maaf.. saya tak tahu awak nak melintas. saya minta maaf kat awak. saya betul-betul minta maaf (Syuib merayu pada Zulaikha)

Zulaikha : Saya maafkan. (tersenyum) saya minta diri dulu. Assalamualaikum...

Syuib : wa'alaikummussalam.

Zulaikha terus beredar walaupun dia tahu kejadian tadi betul-betul tidak boleh dilupakan tetapi dia sangat bersyukur kerana masih di panjangkan lagi umurnya. Syuib masih berasa serba salah dengan kesilapan dia, ekor mata syuib terus mengekori langkah-langkah zulaikha yang semakin hilang dari pandangannya. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi hon sebuah kenderaan yang lalu di situ. Syuib terus masuk ke dalam keretanya dan memandunya ke tepi jalan supaya senang kenderaan lain lalu jalan tersebut. Syuib bagaikan baru tersedar dari mimpi ngeri, dia cepat-cepat mencapai handsetnya lalu menghubungi Adam.

Syuib : Assalamualaikum,Adam. Aku perlukan pertolongan kau..

Adam : Wa'alaikumussalam. Kau nak minta aku tolong apa?

Syuib : aku sesat ni, aku ada kat sebuah kampung tapi aku tak pasti nama kampung ni.

Adam : Astaghfirullahalazim! macam mana kau boleh sesat? Kalau kau tak tahu nama kampung tu, macam mana aku nak pergi sana? (Adam risau dengan keadaan Syuib kawan baiknya)

Syuib : itulah pasal. tunggu sekejap aku nak tengok papan-papan tanda kat sini. kau jangan matikan hanset dulu. Mati aku nanti, kejap ye.

Syuib memandu keretanya mencari papan tanda yang ada kat situ. Akhirnya dia jumpa juga. Dia sekarang berada di perkampungan Melati.

Syuib : Aku dah jumpa! Adam, aku kat perkampungan Melati. Kau tahu tak?

Adam : Ya Allah! jauhnya kau sesat. Nape kau tak sesat kat luar negara je. senang sikit kau nak beli tiket kapal terbang balik malaysia.? (marah lalu menyindir Syuib)

Syuib : Kau nak tolong aku tak? aku bagi sebijik kang, membebel pulak dia.. cepatlah kau tahu tak tempat ni?

Adam : yelah. kejap lagi aku sampai sana bagi masa 2 jam.. ok!

Adam terus mematikan hanset dan terus mencapai kunci keretanya hendak pergi ke tempat Syuib tersesat. Syuib merasa lega apabila Adam mahu menolongnya. Syuib cuba mencari surau terdekat untuk dia menunaikan solat Isyak. sampai saja di sebuah surau, Syuib singgah solat di situ sementara menunggu kedatangan Adam.

    Selesai saja menunaikan solat, Syuib sempat berbual dengan Pak Imam kampung tersebut. Tiba-tiba dia terpandang wajah seorang perempuan yang hampir di langgarnya. Pak Imam cuba melihat apa yang membuatkan Syuib tak terlepas pandang melihatnya.

Pak Imam : kenapa dengan kamu? kamu berkenan dengan Zulaikha? (Pak Imam mengukirkan senyuman)

Syuib : Zulaikha? (gembira apabila sudah mengetahui nama perempuan tadi) 

Pak Imam : ya, nama dia Zulaikha. Anak saudara saya. kamu kenal dia? (mengerutkan dahinya)

Syuib : Tak. (Syuib tersengih-sengih melihat Pak Imam)

Pak Imam : Anak muda, kalau dalam hati dah berkenan. Cepat-cepatlah hantar pinangan sebelum dia di ambil orang. Sesungguhnya Jodoh itu tak kira siapa-siapa pun. (menepuk bahu Syuib sambil tersenyum)

Syuib membalas senyuman Pak Imam yang terpancar sinarnya sehingga syuib tenang melihat senyuman Pak Imam. Pak Imam terus meminta diri, selesai saja syuib bersalaman dengan beliau, syuib terus masuk ke dalam keretanya.. lalu bercakap seorang diri.

Syuib : Aku suka kat dia ke? kenapa pertama kali aku terpandang dia, jantung aku berdegup bagai nak rak? kenapa? aku sakit jantung ke? atau aku dah jatuh hati?
Syuib tersenyum sendirian lalu menghiburkan dirinya dengan lagu-lagu yang berentak sederhana. sudah hampir 3 jam setengah. Adam masih tak muncul-muncul lagi. Syuib menghubungi Adam.

Syuib : kau kat mana? makan angin ke? (sindir)

Adam : eh,takkanlah aku makan angin malam-malam ni, kembung perut aku nanti. kau kat mana? aku dah  sampai simpang kampung melati ni.

Syuib : aku kat depan surau kampung ni. ada kat tepi jalan je. kat situ nanti kau nampak aku.

Adam : Nampak kau? kalau aku ternampak awek macam mana? (tersengih-sengih)

Syuib : kalau kau nampak awek, itu bukan awek. itu hantu!

Adam : Ei! mulut... kau jangan syuib aku patah balik kang.. kau balik lah sendiri. dah kawasan ni gelap. aku tak tahu nak halau hantu-hantu ni
.
Syuib : gurau je. Cepatlah! aku dah lapar ni..

    Akhirnya Adam terserempak juga dengan Syuib, semasa terserempak dengan syuib. tiba-tiba ada sesuatu yang tak kene pada kenderaannya. Syuib terus berlari ke arah Adam.

........bersambung.......

SKRIP PENDEK AKU

Di tulis oleh : Dayangku Natasha Bte Awang nasir

PEDIHNYA CINTA (BAB 1)
Di keheningan pagi yang damai dan nyaman Syuib menghirup udara yang segar di Taman Reakrasi...tiba-tiba Adam menyapa Syuib..

Adam : Assalamualaikum! wahh~ pandai pulak kau bangun pagi-pagi nie? (dengan nada yang     menyindir)

Syuib : wa'alaikummussalam..(menoleh ke arah syuib) Engkau rupanya Syuib aku ingat makhluk asing dari mana bercakap dengan aku tadi... kenapa dengan kau ni pagi-pagi dah sindir aku? kau ok tak??

Adam : Amboi,mulut... dah lama pakai ke? (menjeling syuib) aku selalu joging kat sini tiba-tiba je aku nampak kau dari belakang aku tegur lah..

.Syuib : owh, kau datang dengan siapa? awek kau mana?

Adam :agak-agak la kau, tak kan pagi-pagi macam ni aku nak ajak dia keluar.. mati aku kene tembak bapak dia guna senapang gajah nanti,tak sempat kahwin aku nanti. (buat muka sedih)

Syuib : aku acah je la, kau jangan buat muka buruk kau tu kat aku, jijik aku tengok! (menolak muka syuib)

Adam : petang ni apa cerita???

Syuib : cerita apa kau ni?? tiba-tiba je... (meneruskan perjalanannya)

Adam : eh,tunggu la dulu. petang ni ada futsal la. kau main tak? (syuib memberhentikan perjalananya)

Syuib : tengok keadaan dulu lah, aku ada masalah sikit.

Adam : masalah apa? muka kau ni mesti bermasalah je kan, dari dulu lagi tak habis-habis dengan masalah kau.

Syuib : biarlah muka aku yang bermasalah, jangan muka kau yang bermasalah, boleh kiamat dunia ni lau kau ada masalah. (menyindir Adam)

Adam : (menelan air liur) ala,aku minta maaf la... kau memang banyak bantu aku dalam segala masalah. aku nak bantu kau boleh??? ceritalah apa masalah kau?

Syuib : tak apalah, terima kasih sebab nak tolong aku. aku kene gerak dulu ni. ada hal sikit. aku minta diri dulu. assalamualaikum! (terus beredar dari tempat tersebut)

Adam : yelah,Wa'alaikummussalam (mencebik bibirnya) aku nak tolong dia tak nak hmm...

Di sebelah petangnya....
Adam dan kawan-kawannya yang lain sedang bersiap sedia untuk bermain futsal, Adam pula cuba berkali-kali menghubungi syuib tetapi tiada tindak balas dari syuib.

Kamal : wei, (menepuk bahu Adam) syuib datang tak?

Adam : menurut firasat aku, dia tak dapat datang hari ni (terus meletakkan hansetnya dalam beg)

Kamal : kalau macam tu tak apalah, jom mula game...

Adam dan kawan-kawannya terus memulakan permainan futsal tanpa syuib. Pada petang itu Syuib ada temu janji dengan Shira di sebuah restoran. Lama syuib menuggu kedatangan Shira. Akhirnya dia sampai juga.

Shira : Maaf lambat sebab ada hal sikit tadi, lama dah tunggu? (mengukirkan senyuman)

Syuib : tak apa, saya tak kisah pun. (membalas senyuman shira)

Shira : Ada apa nak jumpa saya hari ini?

Syuib : Saya nak tanya awak sesuatu.. (dengan muka yang serius)

Shira : owh,ok. tanyalah. (merasa kebinggungan)

Syuib : kenapa awak lama tak menghubungi saya?

Shira : owh,aha! saya hampir terlupa (mengambil sekeping kad di dalam beg tangannya) nah,ini kad jemputan pertunangan saya, awak jangan lupa datang ok? (menghulurkan kad jemputan pada syuib)

Syuib : Tunang? (nyawa syuib seperti sudah tercabut dari jasadnya)

Shira : kenapa? (merenung wajah syuib yang tadi ceria bertukar menjadi suram)

Syuib : owh,selama 6 bulan awak tak hubungi saya rupanya awak dah ada orang lain? (menahan marah)

Shira : ta...ta...pi.. (shira tergagap bila melihat syuib dalam keadaan marah,nak saja air matanya mengalir)

Syuib : saya doakan awak bahagia dengan dia, terima kasih atas segala-galanya. terima kasih! (membaling kad jemputan pertunangan shira ke atas lantai lalu beredar dari tempat tersebut)


    Shira merasa dirinya terlalu banyak kesilapan yang dilakukan terhadap Syuib,tak sangka selama ini syuib menyembunyikan perasaan sayangnya pada shira. Syuib beredar dari situ dalam keadaan marah, dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan terus menumbuk stereng kereta lalu menitiskan air mata..

Syuib : Aku pasrah Ya Allah dengan semua ini! (air matanya berlinangan)

    Handset syuib kedengaran dia melihat pada skrin handsetnya panggilan dari shira,seorang perempuan yang dia tunggu-tunggu selama ini akan menjadi milik orang lain. Syuib terus mematikan handsetnya lalu dia memandu kereta dengan laju.

.....BERSAMBUNG.....


KENANGAN SEM 2

KENANGAN SEM 2
    Aku amat merindui sem lepas kerana aku rasa masa itu singkat sangat... dan aku rasa masa ini juga semakin cepat berlalu.... Subhanallah betapa pentingnya masa...... apa2 pun inilah kenangan sem lepas aku xpernah lupa.......
 TADAAA~~

INI MASA AKU NAK MASUK DEWAN PEPERIKSAAN KENE POSING DULU BARU BOLEH MASUK DEWAN HIKHIKHIK DIMULAKAN DARI KIRI
NURHANISAH, HAZIMAH, AKU, NATRAH, SUZILA, DAN MARIAM...
semasa makan daging d pertempatan orang asli
bosan... xda keje amek gambar
aku,sabrina n natrah
kawan2 yang sangat sporting n memahami










SWEET LOVE :)



SHA_WAN
SWEETHEART
    Aku ingin berkongsi cerita tentang macam mana aku boleh jatuh hati pada si dia tp banyak gak perkara yang mencuit hati sebenarnya tapi tak apalah aku cerita slow2 je.. macam ni ceritanya, ini bermula masa aku dan sahabat2 aku yang lain tengah tunggu bas depan kolej ikip 3 nak blik hostel,ada seorang sahabat si dia menceritakan pada aku tentang si dia, masa tu aku dengar je sepatah demi sepatah apa yang dia cakapkan, aku angguk-angguk je lepas tu aku buat keputusan aku nak jumpa si dia sebab aku fikir sahabat si dia tu bergurau je, tapi seorang lagi sahabat aku membantah apa yang aku sdg fikirkan, dia cakap si dia ni betul2 series nak kenal aku, aku just senyum je n aku rasa nak sangat tahu sapa si dia tu....

    Pada suatu hari tu, pada tarikh 20.4.2010 , sahabat aku dan sahabat si dia merancang nak temukan aku dan si dia esok pagi sebelum mula kelas di depan library, aku dan sahabat aku tadi tunggu je tak sampai 10 minit aku rasa macam xyakin je nak jumpa si dia sebab masa tu jantung aku betul-betul berdegup kencang, aku amek keputusan aku nak masuk dewan R1 dulu biarlah sahabat aku yang tunggu kedatangan si dia, beberapa minit macam tu sahabat aku membuka pintu dewan lalu memanggil aku "tasha!" dengan suara yang agak lantang, aku dan kawan-kawan aku yang lain toleh ke belakang, dan aku terus pergi ke arah sahabat aku tadi, kawan2 aku yang lain pulak semua tertanya2, sampai ada yang tanya aku "sha nak jumpa siapa?" aku hanya mampu senyum je, aku dan sahabat aku tadi terus ke library dengan keadaan aku masih terpikir2 lagi apa soalan pertama aku nak bagi kat si dia, sahabat aku pula cuma tersenyum je melihat gelagat aku sebelum nak jumpa si dia, adoyai,aku asa macam nak pergi temuduga je sampai sejuk kaki tangan aku, sampai je depan library aku tengok sahabat si dia je ada, aku terus la mengerutkan dahi dan terus berkata dengan suara agak nyaring "mana dia???" sahabat aku dengan sahabat si dia senyum2 je, sahabat si dia terus masuk ke dalam library untuk memanggil si dia... masa si dia muncul depan aku tu aku dah macam tak ada degupan jantung dah tapi aku tahan dan aku terus tanya soalan bertubi2 kat si dia tetapi si dia cuma diamkan diri dan senyum2 je melihat aku, aku jadi pelik dan serba salah sampai aku tertanya-tanya dalam hati " aku tanye apa tadi sampai dia tak dapat jawap?" hmm,masa tu jgak si dia bersembunyi masuk dalam library hehehe aku nak tergelak pun ada masa tu aku ingat aku sorang je malu rupanyer dia pun sama... dah dia masuk library, aku dan sahabat aku tadi pun terus meminta diri dengan sahabat si dia untuk pergi ke kelas.
    Masa dalam bas ikip, aku tertanya2 lagi nape dia senyap dan terus menyembunyikan diri, aku rasa mungkin dia malu n xtaw nak ckap apa dgn aku... masa tengah memikirkan dia aku mengambil telefon bimbit aku dan aku menerima mesej daripada nombor yang aku xkenal, bila aku baca mesej 2 dia menyatakan diri dia wan.. aku pun terus bertanya pada sahabat aku "ini nombor wanke?" sahabat aku mengangguk lalu tersenyum padaku, aku rasa macam tak percaya dari mana si dia dapat nombor aku tapi aku tahu ni semua mesti kerja sahabat aku n sahabat si dia, masa itu aku terus berhubung dengan si dia sebagai status 'kawan'.... setiap hari aku berhubung dengan si dia dan aku rasa ada sesuatu yang xkene pada aku dan si dia tapi aku buang perasaan 2 jauh2 kerana aku tetap berpegang pada status kawan sebab masa 2 aku dah berpunya, dan si dia pun tahu pasal 2 tapi aku dengan si dia masih juga berhubung sebagai kawan, si dia sudah menyatakan perasaan si dia terhadap aku, aku faham dan aku juga ada perasaan tu tapi aku xboleh terima dia sebab aku masih berpunya dan si dia pun paham apa yang aku maksudkan... aku bangga dengan si dia sebab si dia setia menanti keputusan aku selama 2 bulan lebih... sebenarnya dalam semiggu mcm 2 sebelum aku terima si dia, aku dalam pertelingkahan dengan seseorang dan masa 2 jugak aku tamatkan hubungan cinta aku dgn seseorang dan aku mohon pada Allah "Ya,Allah Ya Tuhanku aku terima semua apa yang berlaku, dan aku memohon kepadaMu Ya Allah tenangkanlah hatiku dan lapangkanlah dadaku menerima segala dugaanMu, aku memohon Ya Allah pertemukanlah aku dengan jodoh yang baik2 dan betol2 dapat menerima aku seadanya dan yang dapat membimbing aku ke arah kebaikan dunia dan akhirat Ya Allah hanya Engkau maha memahami lagi Maha berkuasa menentukan segalanya ke atas Hambamu"
    Tiga hari aku berseorangan dan si dia masih setia menemani aku, aku tertanya2 pada diri aku, "bolehkah aku terima si dia?? betulka si dia setia dengan aku dan dapat membimbing aku di dunia dan akhirat??" aku terus memukul2 bantal aku dengan sekuat hati sebab aku cuba menahan perasaan itu dan aku xnak ia berulang lagi, tapi aku tetap kalah dengan perasaan itu aku terus menangis sendirian sampai tertido.
    keesokannya pada 25.6.2010, selepas aku menunaikan solat aku merasa tenang dan aku terus menerima si dia dengan perasaan yakin tanpa ragu2 lagi dan pada masa 2 aku asyik tersenyum kerana si dia juga sangat gembira dengan keputusan aku... Alhamdulillah!!! terima kasih Ya Allah,Engkau memang maha Mengetahui.... :) pada masa 2 aku ikat mati yang aku ada si dia seorang sahaja tiada yang lain........ continue...........

Friday, January 28, 2011

LOVE IS LOVE




LOVE IS LOVE
Fuh...... kalau nak di ungkapkan pasal "LOVE" memang senang nak di senaraikan sebab setiap insan yang bernama manusia pasti pernah merasainya dan sedang merasainya... YA! Aku tahu cinta itu indah sampai tak boleh nak di halang oleh sesiapapun sebab cinta itu kuasanya kuat tapi cinta itu juga membinasakan manusia sebab bercinta dengan cara yang salah... bukan aku nak cakap aku nie perfect dalam cinta tapi aku telah mempelajarinya juga... cinta yang pertama aku merasainya ialah cinta pada Allah,Rasul,insan bernama ibu dan bapa,adik-beradik, kawan-kawan, haiwan kesayangan.... cinta pada semua ini memang indah lagi mendamaikan kerana inilah sebahagian daripada nyawa aku malah memang nyawa aku pun tapi aku tak tahu nak di ungkapkan macam mana sebab aku terlalu teruja dan teramat menyayangi mereka semua sampai aku sendiri tak tahu nak nilai kasih sayang mereka terhadap aku macam mana???
Biarlah semua ini terkumpul dalam hati sanubari aku yang kerdil ini,kerana kasih sayang aku terhadap mereka tak akan pernah hilang mahupun pudar, apa cara sekali pun mereka menyuruh aku membenci mereka tetapi aku tetap menyayangi mereka biarlah maut yang pisahkan semua ini... Subhanallah!!!







    ARGHH!! tentang cinta aku belum habis lagi.. aku ingat cinta aku pada mereka saja... tetapi Allah maha Memahami lagi Maha Mengetahui semua tentang hambanya, aku inilah hamba yang paling lemah dan aku rasa diri aku amat kerdil di sisi Allah.. teramatlah sangat! "Ya Allah ya Tuhanku jika ini benar cinta yang Engkau berikan pada aku untuk aku hambaMu yang lemah ini sebagai pendorong dan sebahagian daripada hidup aku Engkau izinkanlah aku meneruskan hubungan ini dan jika cinta ini sebagai pemusnah dan bukan sebahagian daripada hidup aku Engkau tamatkanlah hubungan ini dengan sebaiknya Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon kerana Engkau Maha Mengetahui semua tentang Hambamu...Amin......"
Setiap hari aku akan mendoakannya kerana aku mahu hidup aku bahagia di dunia dan akhirat, YA! betul kata orang tua kita jangan bercinta ketika belajar sebab ia akan mengundang kemerosotan pembelajaran kita dan masa depan.. heh! aku rasa aku telah mematuhinya tapi kenapa perasaan tu memberontak??? sebab Allah saja yang tahu.. kemungkinan saja nk menguji aku or kemungkinan juga itu adalah jodohku.. Allahualam....
    Dulu macam-macam cinta aku kenal cinta monyet, cinta kerbau, cinta malu-malu kucing, cinta buta, cinta minat, cinta saja-saja je dan macam-macamlah... sekarang ini mungkin aku tengah merasai cinta sejati dari seseorang insan yang aku juga menyayanginya sepenuh hatiku tapi belum lagi memilikinya.. Yeah! aku sayangkan si dia dan aku cuba menjaga hati si dia seperti aku menjaga sebutir mutiara kaca jika pecah ia maka musnahlah ia... aku tidak sangka aku akan menemui si dia yang betul-betul dah membuka pintu hatiku yang keras ini aku rasa hati aku bukannya ada pintu je siap ada pagar yang di grill lagi dapat juga dia membukanya, TAHNIAH pada si dia insan yang aku sayang sampai bila-bila :) kata kunci aku dan si dia HKS... aku rasa semua orang tahu siapa gerangan itu... apa-apa pun bersambung selepas ini.............. continue

FOTO KAMI KUMPULAN COOL SIBLINGS

DAYANGKU NATASHA BTE AWANG NASIR

"BIAR ORANG YANG BENCI KITA TAPI KITA JANGAN SESEKALI MEMBENCI ORANG KERANA SETIAP MANUSIA TIDAKLAH SEMPURNA MELAINKAN ALLAH S.W.T"
(ARE-LONG'Z)















AWANGKU NAZIMIEZATUL BIN AWANG NASIR

"INDAH MANA PUN DUNIA KITA, INDAH LAGI BILA IMAN SESEORANG TERPANCAR NUR NYA, HIDUP DI DUNIA PERLU DI BEKALKAN DGN AMALAN UNTUK AKHIRAT "
(ARE-PIE'Z)
DAYANGKU NIRAMIZURA BTE AWANG NASIR

"BERUSAHA UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP, PERTAHANKAN DIRI DARIPADA MUSUH-MUSUH DAN MENGECAPI IMPIAN YANG SATU"
(ARE-KA'Z)

AWANGKU NAZA BIN AWANG NASIR

"KEKUATAN DIRI ADA DALAM SETIAP HATI SESEORANG PEJUANG ISLAM,TEGAKKAN KEAMANAN DAN KEIMANAN"
(ARE-LIK'Z)



AWANGKU NURSYAIRI BIN AWANG NASIR

"ENJOY DALAM HIDUP TAPI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG KHALIFAH ALLAH PERLU DILAKSANAKAN"
(ARE-RIE'Z)


AWANGKU ARASY FIRDAUS BIN AWANG NASIR

"NICE N SWEET BOY,CEPAT BELAJAR SESUATU PERKARA SECARA SPONTAN
INSYA'ALLAH BERJAYA DALAM HIDUP SUATU HARI NANTI"
(ARASY)

PERANGAIKU

arasy firdaus
along (aq)














TERHADAP KELURGA
      Aq nie xpaham jgak dgn prangai aq sebenarnya...yelah kan kadang2 aq ada mood, kadang2 xda mood... hmm.... prangai aq dalam family lain ckit, aq nie ske dapatkan perhatian daripada family seperti kuat merajuk, marah2, n berdiam diri.... aq juga jenis kuat cmburu lau aq di pinggirkan oleh kluarga,lau aq cemburu aq xberckap dgn family aq malah aq pergi menyendiri trus..... dalam family aq lebih ska rapat dgn mama/mak daripada papa sb lau aq ada masalah papa just ckp “sabar je lah” sampai aq dah hilang sabar nk dgarnya tp bla dgn mama/mak, mama/mak slalu bgi dorongan n nasihat lebih kt aq... tp sebenarnya aq nie sukar nk berkongsi masalah dgn family sb aq asa mamapapa ag bnyak masalah dari aq...aq xnak bebankan masalah aq kt mamapapa... aq cb cari jalan penyelesaian sendiri sampai dapat tp bla time aq xdapat selesaikan aq jdi marah2 sendiri,kurung je diri dlm bilik sb 2 aq badmood. Apabila aq kne marah mamapapa walaupun aq taw bkn salah aq... aq trus masuk bilik, kunci pintu menangis sampai tertido, xnak mkn n xnk bcakap dgn sapa2... tp aq kejap je jadi cmtu sb pas nangis aq jadi mcm lega ckit J tp mang perkara berlaku kt aq,aq xleh lupa ar.....
        Dalam adik beradik aq ske paksa adik aq wat keje sb aq xnak diaowg manja cgt sampai sume keje swuh owg tua yang buat, pling aq tekankan pasal kemas bilik, cuci pinggan lpas mkn, cuci kasut sendiri n sume keje yg ptot seseorna blaja berdikari dari kcik la... lau diaowang degil... alamatnyer kene cubit n tarik telinga ar xda maaf2 dah..... tp skang Alhamdulillah skang diaowang bleh berdikari sampai aq malas nk wat keje hikhikhik sb adik2 sume dah rajin.... ada gak adik laki aq yg dgil, yang 2 mang aq xdapat ajar cara kasar, aq terpaksa guna cara pujukan n bercerita pasal cita2 dongeng dulu2.... Alhamdulillah ada perubahan ckit kt adik aq degil 2 owg paggil dia ce.e.... aq pling pantang kalau adik aq gduh dgn owg, pernah sekali adik aq alik gaduh dgn kwn dia kt skolah, sampai kawan aq penolong pengawas panggil aq dari tgkat bawah, aq apa ag cpat2 ar g klas adik aq, aq g kt depan bdak 2 aq tnye dia “apa masalah nk gaduh2??” lau dia kata adik aq mula dlu, mang adik aq yang aq marah... tp adik aq ckp dia mula dulu aq swuh ar dia minta maaf dgn adik aq dgn apa cara skali pon... aq nie bkn ske cara2 kasar sb xpnah d ajar oleh kluarga  aq dari kcik.... walaupon aq kcik dlu slalu kne pukul sb nakal cgt... dari situ ar aq dpt mcm2 pengajaran.... dalam kelurga aq dgn adik2 aq lebih tkot dgn mak berbanding papa sb mak slalu je bebel n marah2... papa lak selalu bela aq n adik2 tp aq n adik2 aq sayang sangat kt mak n papa Mmmuaahhh!!!!!
Kalau mamapapa ada masalah or kteowg adik beradik asa mcm ada yang xkene, aq akan panggil adik2 aq sume kumpul dalam bilik n aq ajak diaowang bincang apa masalah yang diaowg nk kongsi dari situ aq taw apa  yang wat adik aq tension n apa yang adik aq nk....... sampai pasal masalah mak/mamapapa pon kteowg cuba siasat kalu pasal siasat mang aq serah kt adik laki aq epi, dia pandai cover ckit... yang ske wat kantoi adik aq ce.e 2... yang kecoh2 xpandai diam adik aq joyah nama dia ika.... alik plak jenis ekot je kata2 abg kakak dia xtaw mana satu btol n salah dia ekot je... lau aq plak ske bgi nasihat n pendapat kat adik2 aq.... skang nie aq berjauhan dgn adik2 aq, aq asa adik2 aq msti perlukan aq :’(......... along sayang korang sume Mmuuuaaa!!!!!

Thursday, January 27, 2011

KANAK-KANAK


            Fuh.....masa kanak2 nie la aq slalu kne pukul, masa kecik2 dalam umur 6 tahun, aq dmasukkan di sebuah Tadika Kemas d Taman Malihah... masa aq tadika nie aq bnyak knal mcm2 kwn, masa aq mula2 dmasukkan tadika aq malu2 sampai bdak2 lain tegur aq diamkan diri dan asyik berkepit dgn cikgu je,tp dah 4 5 hari aq mula brani dan bergaul dgn suma bdak sampai aq xdpt dok diam, pling aq xdpt lupa, aq,ain n 2 owg lagi kwn aq,aq dh lupa nama diaowg... aq dan kwan2 aq merancang nk amek makanan kt dapur... masa 2 ckgu tgah panaskan minuman tuk ktaowg suma, masa 2 aq pon xtahan lapar gak, cikgu pesan sapa yang dah hbis wat keje bleh mkn.... masa 2 ckgu tgah myapu sampah kt lua, aq dgn 3 owg kwan aq tdi trus g ke dapur dan mengambil sedikit makanan, sampai aq naik atas dapur ckgu nk amek sudu, masa terkantoi, cikgu marah aq dgn kwn2 aq td, yang lain sume tgok  je, aq dgn kwn2 aq dikurung dalam stor mainan, aq merengek2 nk kua dari situ, dah time tuk makan ckgu lpaskan aq dgn kwn2 ku.... masa 2 aq xslera nk mkn, aq msh marahkan cikgu td, sampai time nk blik, ckgu mgadu kt nenek aq, nenek aq cuma menegur aq dgn snyuman, sampai skang aq tunduk malu ag dgn ckgu 2 :p .....
            Masa alam sekolah rendah, aq nie aktif ckit, apa2 sukan aq ekot je n bla time blaja aq ag bersemangat lbih2 ag aq ske blaja bahasa melayu dgn pendidikan islam... matapelajaran 2 aq mang fokus sampai xleh d ganggu, klau kwn aq ganggu aq trus marah dia swuh diam pastu diaowg wat muka dgn aq (merajuk) aq wat biasa je la, wat mcm xtaw apa2.. pling aq bosan time blaja bahasa inggeris kadang2 aq fokus tgok ckgu mgajar tp lama2 aq jadi mengantok sb aq xpaham apa ckgu ckp sb beliau ajar cepat cgt, masa kelas 2 je aq msti bgi alasan nk ke tandas... myampah blaja lau xtaw apa2... tp time nk exam aq kelam kabut la crik kwan yang pandai inggeris blaja dgn dia.... tp lau time p.islam n b.melayu aq mang jadi tmpat rujukan kawan2 sb aq mang xkedekut ilmu pon.... masa 2 la aq dapat ramai kwn2.... masa aq skolah aq just crik kwn2 yang pandai2 je pastu aq ajar kwn2 yang mintak ajar dari aq, sb kwn aq yang pandai2 2 da yang kedekut ilmu ckit sb xnak owg lain tinggi dari dia,,, aq myampah gak dgn dia sebenarnya tp aq kwan dia,... aq ilek je la..... malas nk nasihat dia sb keras kepala... masa nie aq bnyak kwn2 laki2 je, sb aq ske lasak2...
            masa nie aq ada kawan rapat nama dia Ain Shahifah Bte Idris, dialah kawan yang sehati sejiwa dgn aq... kte owg xleh berjauhan nanti asa mcm xlengkap je... hari2 aq klua jalan2 dgn dia guna basikal aq masa 2 xprnah dok umah siang malam asyik kua bermain je, aktif sgt katakan.. aq dgn ain pergi advanture kt kmpung kolong 2 ptg2 cmtu bersama dgn kak nana n kwan dia, masa 2 ktaowg lalu kubur kak nana bwak basikal laju, aq dgn ain bwak laju gak la sampai tayar masuk dalam lubang,bgkak kaki dbuatnya.... masa trun bukit tinggi kak nana n kwan dia dah lepas dlu, aq dgn ain bwak laju sampai kteowg xnampak batu bata kt depan n xsempat nk brek,aq dgn ain terjunam kt atas tanah, masa 2 aq asa mcm xsdar aq kat mana pastu aq bkak mata aq,aq tgok aq kt atas tanah aq cba bgunkan diri dgn keadaan huyung hayang n kedua2 tgan aq seliuh, aq tgok handle basikal bengkok n rantai putus, aq tgok ain masih tertiarap kat tanah aq cpat2 g kat dia trus aq pgang bahu dia aq tnye sama ada dia ok ke x??? dia jawap perlahan2 pastu dia tgok muka aq,baju sluar suma penuh dgn tanah lecek,dia trus ktawa kcil aq mampu tersenyum je, masa 2 kak nana n kwan dia tgok keadaan ktaowg dia terkejut lalu cpat2 tolong ktaowg, sampai je kt umah aq msuk guna pintu blakang aq trus lari msuk bilik air, basikal tdi aq tnggalkan kt umah ain sb aq tkut nenek marah aq, kak nana cpat2 tlong cover aq kt bilik air,...

... REMAJA...

            Masa aq msuk tingkatan satu aq slalu jadi pelajar cemerlang sb aq dah azam masa aq hbis darjah 6.... n aq slalu dlantik jadi ketua kelas tp aq xnak sb aq taw aq xdapat handle kelas dgn tegas aq dapat jadi penolong jak, ketua kelas Nelson John, aq dgn nel selalu kongsi masalah kelas sama2 kadang2 masalah pasal kapel masing2 pon ktaowg share hehehe.... aq mang rapat dgn nel sb kteowg slalu kne pnggil ckgu, masa nie kawan rapat aq Fatin Nazurah Bte Bustaman... fatin nie ganas ckit dia xske bdak laki2 tp bla tgok laki hensem je dia trus swuh aq jadi owg tgah.... aq plak slalu gadoh dgn dia pasal 2 sb muka aq nie mana pnah nk borak2 dgn owg aq xknal... aq dlu pemalu n pendiam je.... semua masalah yang aq asa xnak crita kt owg aq pendam je....
            masa nk hbis tingkatan satu aq dah baligh, first2 kne aq seharian risau n mengeluh je sampai aq kne bebel mak n nenek, aq masa nie la aq jadi pmpuan sebenar, aq lgsung xkua umah bwu blaja nk ke dapur, wat sume kja umah n malu dgn owg bkn ahli kluarga aq....

kelahiran

            Nama pnuh aq Dayangku Natasha Bte Awg Nasir. Aq lhir kat Hospital Umum Sarawak, aq dilahirkan pada 20 julai 1991 pada pukul 5.30 a.m .. bnyak pengalaman yang mak aq citer time aq msh ag dalam kandungan,yang aq taw mak aq ske bca bku, n pling pnting mak aq ske mkn dging,sampai skang aq ske mkn dging gak. Yang mak aq terkejut masa aq dlahirkan mak aq tidak merasa kesakitan yang teramat malah mak aq lbih merasa tenang, masa aq d lhirkan aq tak ckup bulan mcm bayi2 yang lahir normal, aq dtempatkan dalam Ekubator dengan penuh wayar2 apa ntah aq  pon xtaw tp masa 2 sume family aq happy dgn kelahiran aq, aq sebagai anak pertama n aq gak sebagai cucu pertama nenek, mang aq slalu di jadikan teman diaowg bermain... dlu mak n papa da bgtaw aq yang aq slalu djadikan anak angkat oleh jiran2 sampai adik beradik papa aq nk amek aq sebagai anak angkat, tp papa bgtaw gak yang aq akan diam n xmerengek bla aq berada dalam pelukan nek mendok,jiran aq gak malahan aq sering tersenyum tgok nek mendok.... tp skang dia tiada,Allah lbih myayangi dia...aq xsempat mngenali dia smpai skang :'(.... mak slalu bgtaw aq yang aq masa bayi ag,aq slalu jatuh dari buai n katil tp aq xmenangis, aq diamkan diri sampai mak n papa aq risau xtntu arah dgn keadaan aq, aq pon nk tergelak mendengarnya, xsangka aq nie buas jgak yerk..... itu je la kisah2 yg pnah kluarga aq citer kt aq masa baby2 dlu.....