Assalamualaikum... Selamat Datang Ke Blog Natasha_Along

Friday, January 28, 2011

LOVE IS LOVE




LOVE IS LOVE
Fuh...... kalau nak di ungkapkan pasal "LOVE" memang senang nak di senaraikan sebab setiap insan yang bernama manusia pasti pernah merasainya dan sedang merasainya... YA! Aku tahu cinta itu indah sampai tak boleh nak di halang oleh sesiapapun sebab cinta itu kuasanya kuat tapi cinta itu juga membinasakan manusia sebab bercinta dengan cara yang salah... bukan aku nak cakap aku nie perfect dalam cinta tapi aku telah mempelajarinya juga... cinta yang pertama aku merasainya ialah cinta pada Allah,Rasul,insan bernama ibu dan bapa,adik-beradik, kawan-kawan, haiwan kesayangan.... cinta pada semua ini memang indah lagi mendamaikan kerana inilah sebahagian daripada nyawa aku malah memang nyawa aku pun tapi aku tak tahu nak di ungkapkan macam mana sebab aku terlalu teruja dan teramat menyayangi mereka semua sampai aku sendiri tak tahu nak nilai kasih sayang mereka terhadap aku macam mana???
Biarlah semua ini terkumpul dalam hati sanubari aku yang kerdil ini,kerana kasih sayang aku terhadap mereka tak akan pernah hilang mahupun pudar, apa cara sekali pun mereka menyuruh aku membenci mereka tetapi aku tetap menyayangi mereka biarlah maut yang pisahkan semua ini... Subhanallah!!!







    ARGHH!! tentang cinta aku belum habis lagi.. aku ingat cinta aku pada mereka saja... tetapi Allah maha Memahami lagi Maha Mengetahui semua tentang hambanya, aku inilah hamba yang paling lemah dan aku rasa diri aku amat kerdil di sisi Allah.. teramatlah sangat! "Ya Allah ya Tuhanku jika ini benar cinta yang Engkau berikan pada aku untuk aku hambaMu yang lemah ini sebagai pendorong dan sebahagian daripada hidup aku Engkau izinkanlah aku meneruskan hubungan ini dan jika cinta ini sebagai pemusnah dan bukan sebahagian daripada hidup aku Engkau tamatkanlah hubungan ini dengan sebaiknya Ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon kerana Engkau Maha Mengetahui semua tentang Hambamu...Amin......"
Setiap hari aku akan mendoakannya kerana aku mahu hidup aku bahagia di dunia dan akhirat, YA! betul kata orang tua kita jangan bercinta ketika belajar sebab ia akan mengundang kemerosotan pembelajaran kita dan masa depan.. heh! aku rasa aku telah mematuhinya tapi kenapa perasaan tu memberontak??? sebab Allah saja yang tahu.. kemungkinan saja nk menguji aku or kemungkinan juga itu adalah jodohku.. Allahualam....
    Dulu macam-macam cinta aku kenal cinta monyet, cinta kerbau, cinta malu-malu kucing, cinta buta, cinta minat, cinta saja-saja je dan macam-macamlah... sekarang ini mungkin aku tengah merasai cinta sejati dari seseorang insan yang aku juga menyayanginya sepenuh hatiku tapi belum lagi memilikinya.. Yeah! aku sayangkan si dia dan aku cuba menjaga hati si dia seperti aku menjaga sebutir mutiara kaca jika pecah ia maka musnahlah ia... aku tidak sangka aku akan menemui si dia yang betul-betul dah membuka pintu hatiku yang keras ini aku rasa hati aku bukannya ada pintu je siap ada pagar yang di grill lagi dapat juga dia membukanya, TAHNIAH pada si dia insan yang aku sayang sampai bila-bila :) kata kunci aku dan si dia HKS... aku rasa semua orang tahu siapa gerangan itu... apa-apa pun bersambung selepas ini.............. continue

No comments:

Post a Comment