Assalamualaikum... Selamat Datang Ke Blog Natasha_Along

Saturday, January 29, 2011

PEDIHNYA CINTA BAB 2

SAMBUNGAN "PEDIHNYA CINTA"
    Syuib memandu keretanya dengan laju tanpa memikirkan bahaya di hadapannya, yang dia sedang fikirkan ialah betapa sakitnya hati dia bila melihat kad jemputan pertunangan Shira bersama orang lain. Tiada harapan untuk dia memiliki hati Shira gadis yang dia nanti-nantikan selama 2 tahun. Syuib memandu keretanya tanpa arah sampai dia tersesat di sebuah perkampungan. Syuib memberhentikan keretanya secara mengejut apabila dia melihat seorang gadis sedang melintas jalan, gadis itu terus menjerit ketakutan melihat kenderaan Syuib hampir-hampir melanggarnya. Syuib terus keluar dari keretanya dengan perasaan marah.

Syuib : Awak tak nampak ke kereta saya yang sebesar-besar ni? tak ada tempat lain ke awak nak lintas??!!

Syuib meninggikan suaranya pada perempuan tadi. Perempuan tersebut hanya menangis teresak-esak kerana masih trauma dengan kejadian tadi. Nama perempuan itu ialah Zulaikha. Gadis yang sangat ayu, sopan santun dan tidak pernah meninggikan suara pada sesiapapun. Dia merenung tajam pada Syuib.

Zulaikha : Kenapa awak pandu kereta laju-laju di tempat-tempat macam ini? ini kan kawasan perkampungan, awak tahu peraturan jalanraya tak? (menegur Syuib dengan suara yang sopan dan air matanya masih menitis)

Syuib yang marah-marah tadi tiba-tiba menjadi tenang kembali apabila melihat ketenangan wajah seorang perempuan yang tak pernah dia kenali selama hidupnya. Hatinya sayu apabila melihat Zulaikha menangis dalam keadaan yang betul-betul takut pada kejadian tadi. Syuib terus meminta maaf pada Zulaikha.

Syuib : sa..sa..saya minta maaf.. saya tak tahu awak nak melintas. saya minta maaf kat awak. saya betul-betul minta maaf (Syuib merayu pada Zulaikha)

Zulaikha : Saya maafkan. (tersenyum) saya minta diri dulu. Assalamualaikum...

Syuib : wa'alaikummussalam.

Zulaikha terus beredar walaupun dia tahu kejadian tadi betul-betul tidak boleh dilupakan tetapi dia sangat bersyukur kerana masih di panjangkan lagi umurnya. Syuib masih berasa serba salah dengan kesilapan dia, ekor mata syuib terus mengekori langkah-langkah zulaikha yang semakin hilang dari pandangannya. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi hon sebuah kenderaan yang lalu di situ. Syuib terus masuk ke dalam keretanya dan memandunya ke tepi jalan supaya senang kenderaan lain lalu jalan tersebut. Syuib bagaikan baru tersedar dari mimpi ngeri, dia cepat-cepat mencapai handsetnya lalu menghubungi Adam.

Syuib : Assalamualaikum,Adam. Aku perlukan pertolongan kau..

Adam : Wa'alaikumussalam. Kau nak minta aku tolong apa?

Syuib : aku sesat ni, aku ada kat sebuah kampung tapi aku tak pasti nama kampung ni.

Adam : Astaghfirullahalazim! macam mana kau boleh sesat? Kalau kau tak tahu nama kampung tu, macam mana aku nak pergi sana? (Adam risau dengan keadaan Syuib kawan baiknya)

Syuib : itulah pasal. tunggu sekejap aku nak tengok papan-papan tanda kat sini. kau jangan matikan hanset dulu. Mati aku nanti, kejap ye.

Syuib memandu keretanya mencari papan tanda yang ada kat situ. Akhirnya dia jumpa juga. Dia sekarang berada di perkampungan Melati.

Syuib : Aku dah jumpa! Adam, aku kat perkampungan Melati. Kau tahu tak?

Adam : Ya Allah! jauhnya kau sesat. Nape kau tak sesat kat luar negara je. senang sikit kau nak beli tiket kapal terbang balik malaysia.? (marah lalu menyindir Syuib)

Syuib : Kau nak tolong aku tak? aku bagi sebijik kang, membebel pulak dia.. cepatlah kau tahu tak tempat ni?

Adam : yelah. kejap lagi aku sampai sana bagi masa 2 jam.. ok!

Adam terus mematikan hanset dan terus mencapai kunci keretanya hendak pergi ke tempat Syuib tersesat. Syuib merasa lega apabila Adam mahu menolongnya. Syuib cuba mencari surau terdekat untuk dia menunaikan solat Isyak. sampai saja di sebuah surau, Syuib singgah solat di situ sementara menunggu kedatangan Adam.

    Selesai saja menunaikan solat, Syuib sempat berbual dengan Pak Imam kampung tersebut. Tiba-tiba dia terpandang wajah seorang perempuan yang hampir di langgarnya. Pak Imam cuba melihat apa yang membuatkan Syuib tak terlepas pandang melihatnya.

Pak Imam : kenapa dengan kamu? kamu berkenan dengan Zulaikha? (Pak Imam mengukirkan senyuman)

Syuib : Zulaikha? (gembira apabila sudah mengetahui nama perempuan tadi) 

Pak Imam : ya, nama dia Zulaikha. Anak saudara saya. kamu kenal dia? (mengerutkan dahinya)

Syuib : Tak. (Syuib tersengih-sengih melihat Pak Imam)

Pak Imam : Anak muda, kalau dalam hati dah berkenan. Cepat-cepatlah hantar pinangan sebelum dia di ambil orang. Sesungguhnya Jodoh itu tak kira siapa-siapa pun. (menepuk bahu Syuib sambil tersenyum)

Syuib membalas senyuman Pak Imam yang terpancar sinarnya sehingga syuib tenang melihat senyuman Pak Imam. Pak Imam terus meminta diri, selesai saja syuib bersalaman dengan beliau, syuib terus masuk ke dalam keretanya.. lalu bercakap seorang diri.

Syuib : Aku suka kat dia ke? kenapa pertama kali aku terpandang dia, jantung aku berdegup bagai nak rak? kenapa? aku sakit jantung ke? atau aku dah jatuh hati?
Syuib tersenyum sendirian lalu menghiburkan dirinya dengan lagu-lagu yang berentak sederhana. sudah hampir 3 jam setengah. Adam masih tak muncul-muncul lagi. Syuib menghubungi Adam.

Syuib : kau kat mana? makan angin ke? (sindir)

Adam : eh,takkanlah aku makan angin malam-malam ni, kembung perut aku nanti. kau kat mana? aku dah  sampai simpang kampung melati ni.

Syuib : aku kat depan surau kampung ni. ada kat tepi jalan je. kat situ nanti kau nampak aku.

Adam : Nampak kau? kalau aku ternampak awek macam mana? (tersengih-sengih)

Syuib : kalau kau nampak awek, itu bukan awek. itu hantu!

Adam : Ei! mulut... kau jangan syuib aku patah balik kang.. kau balik lah sendiri. dah kawasan ni gelap. aku tak tahu nak halau hantu-hantu ni
.
Syuib : gurau je. Cepatlah! aku dah lapar ni..

    Akhirnya Adam terserempak juga dengan Syuib, semasa terserempak dengan syuib. tiba-tiba ada sesuatu yang tak kene pada kenderaannya. Syuib terus berlari ke arah Adam.

........bersambung.......

No comments:

Post a Comment